Wednesday, July 22, 2009


Sejak beberapa minggu ini saya tidak dapat updates blog saya dengan koleksi orkid yng terbaru kerana suatu musibah telah melanda keluarga saya pada tanggal 22 jun 2009 yang lepas . Alhamdulillah tiada jiwa yang cedera, cuma trauma yang melanda puteri sulung saya akibat peristiwa tersebut. Kamera yang selalu digunakan untuk mengambil gambar kini telah tiada dan saya mengguna hp untuk mengabadikan koleksi orkid saya.
Koleksi diambil kamera sebelum hilang.....

Friday, June 19, 2009

orkid rumah guru mengaji saya masa kecik dulu...




Isteri guru masa saya mengaji kecik-kecik amat rajin menanam orkid . Gambar orkid sewaktu saya berkunjung ke rumah wak Sudin di Sungai Manila 2 sewaktu ketika dulu....

Orkid bunga besar ...ungu


Orkid ini berwarna keunguan dan saiznya agak besar. Mudah berbunga jika cukup baja dan baunya agak wangi di waktu pagi.

Orkid Siam


Orkid ini saya beli di Padang Besar beberapa tahun yang lalu sewaktu pergi rombongan keluarga bersama staff tempat suami kerja.Bunganya berwarna merah dan kecil, nama saintifik belum dicari lagi , sudah berbunga banyak kali

variasi orkid


Orkid yang lama untuk berbunya setelah berbunga  3 tahun yang lalu . Selalu dibaja dan disiram tapi mak oi.. lama nya baru keluar bunga. Bunganya berwarna kuning  

ORKID FANS


Salam buat semua pengunjung blog ini. Di sini saya ingin berkongsi hobi yang telah saya lakukan buat beberapa tahun  sehingga kini . Walaupun kos hobi ini agak tinggi tapi ia amat berbaloi dengan hasilnya di samping dapat menjana pendapatan sampingan dan menambah kenalan yang mempunyai hobi yang sama . Setiap kali orkid berbunga saya akan menyimpan gambar-gambar kerana adakalanya mengambil masa yang lama untuk berbunga. Di samping itu boleh le kita bertukar-tukar tips penjagaannya.